BISMILLAH...SALAM
CINTA ATAU KELUARGA??
aku agak pening sikit nak cerita pasal ni. bila aku berkata, nanti ada yang kondem aku.kata cakap je lebih..bla3..tapi sejujurnya aku memang suke beri ceramah free..xpayah korang bayar pun. memang hobi aku..berguna jugak aku menyertai prs zaman sekolah dulu. balek pada topik,aku lihat sekarang ni banyak sangat kes buang bayi,lari dari rumah,gejala sosial. apa nak jadi la pada dunia ni?? macam zaman jahilliah(memang jahil pun.termasuk aku). kes buang bayi,korang ingat bayi uh sampah sarap ke ape? bernyawa uh! xrase kesian ke time korang buang kat tong sampah,tepi sungai,bawah jambatan! time korang buat x ingat plak pasal ni..xreti2 nak pkai kondom ke pil ke..dah la berdosa pasal berzina,then korang tambah lagi dengan membunuh bayi yang x berdosa. astaga!! mengucap saudarku..mengucap..memang kubur masing2, tapi aku tak nak bayi yang korang bunuh, tuntut time kat sana! bertaubat laa..kaum wanita juga yang rugi! lelaki jahanam dah have fun then tinggalkan korang..korang gak yang susah..bukan korang je..tapi MAK BAPAK jugak!
Kes lari dari rumah plak..amboii..time korang dilahirkan,xde plak mak bapak korang tinggalkan korang mcm kes buang bayi?? dorang jaga dengan kasih sayang.
even xde duit yang cukup,tapi mereka tetap cube beri yang terbaik kepada korang. bila korang dah boleh merangkak,berjalan sendiri,korang tinggalkan diorang semata2 cinta kununnye!! korang mcm binatang..sebijik..
HARI RAYA =))
09 SEPTEMBER 2010-malam raya..aku just duduk kat rumah sambil memikirkan persiapan yang sederhana. adik ke3 balek dari jb..aku bersyukur kerana adik k3 ku pulang ke rumah. lama jugak tak jumpa..makin tinggi aku tengok..dulu die lagi rendah daripada adik bongsuku..haha..
adik ke2 ku menyambut raya kat perak. Alaa..aku malas nak fikirkan..semenjak perceraian parents aku, aku tak brape fikir sangat pasal raya.even hati aku sedih gak kekadang..Malam raya,aku pergi ke jalan TAR bersama mama aku..sudah lama tak pergi time malam raya. agak rimas aku..haha..tengah jalan ade kedai..dala sesak,bertambah sesak..aku mula rasa rimas.aku tak boleh orang ramai..mula lah nak pengsa. gabra..2 jam berjalan,akhirnya kami pulang juga..MasyaALLAH...jalan....nak pengsan!! malam raya juga la aku bergaduh dengan kekasih kure2 ku..kami gaduh tapi boleh lupe gaduh pasal ape..aduhh setiap hari xsah kalau tak gaduh..aku tidur dalam jam 4 pagi..ape aku buat?? main gitar!! haha
10 SEPTEMBER 2010-raya!!! aku bangun dalam jam 8 pagi..aku yang second bangun..adik lelaki sudah pergi ke surau..hati terasa sayu mendengar takbir raya. tiba2 aku terkenangkan arwah saudaraku yang meninggal dunia pada bulan 8. selepas adik lelaki pulang dari surau,kami snap pic..terus terang,kali ini raya terasa bermakna sedikit selepas perceraian parents aku. then kami bermaafan..hati aku terasa sebak kerana ini kali pertama aku salam ibuku selepas perceraian. then kami pergi berjumpa baba&Gf die..sama2 pergi ke kubur. aku salute mama aku kerana cool semasa berjumpa baba&Gf dia..TABIKK SPRINGG..selepas ke kubur aku,adik-beradik dan mama balik ke rumah selepas bersalaman dengan baba&Gf dia..kami makan rendang..then hanya tinggal aku dan mama di rumah. yag lain beraya denga rakan2..mama tidur.mungkin kepenatan..aku?? tengok tb ajea..kekasih bz dengan beraya..xmao la kacau kan..begitulah hari raya pertama ku..aku sejujurnya amat merindui raya sebelum parents aku bercerai..dulu, hari raya 1-3, mesti balik malam kerana sibuk berya di rumah saudara. kini, tak lagi..aku cuba tabahkan hati aku..yang penting, ikatan keluarga masih ada. Walaupun baba tidak duduk serumah lagi.
PERSAHABATAN

Aku tak banyak pun kawan. jujur, masa aku hanya di bilik berwarna biru disamping gitar yang aku beli dengan duit gaji aku sendiri. Bagi aku,sahabat yang ramai tak semestinya diri kita disayangi..bak kata orang kawan gelak senang dicari tapi kawan menangis susah nak dapat. Aku akui aku ada seorang kawan baik dulu..macam2 kami lalui..masing2 tahu rahsia masing2..tapi aku tak gunakan sebagai senjata ntuk dapat perhatian. its not my stail la beb! tetapi, pada june 2009 dia dah salah faham dengan aku. its all because of damn girl! haloo..gila apa! terus2 dia memutuskan persahabatan secara melukakan hati aku.. kami kerja bersama. aku try la jugak nak berbaik tapi dia ego sangat2 semua tahu. aku start give up..until aku menemui kekasihku pada hujung bulan september..aku start meluangkan masa bersama sidia..then, selepas hampir setahun terputus hubungan, kami terjumpa di char kuew tiew kerinchi..time uh aku bersama kekasih aku..dia bersama rakan2..dia yang tegur aku(sumpah aku tak perasan) then makan bersama..malam uh dia mesej aku..and i thanks to God for that day..dia cerita mengenai damn girl uh..aku just menasihatkan mana yang termampu..kami start berhubung. Good news right??? tetapi bila kami start nak rapat semula, aku rasa macam xboleh..tak tahu..dia dah berubah..aku agak sedih bila tengok dia cam uh..aku tak pernah berhenti berdoa agar dia dapat petunjuk dan frienship kami tak akan putus..
LOMOGRAPHY

Aku minat killer kat lomo ni semenjak aku 16 tahun lagi. tapi aku dapat first lomo time birth aku ke-19(kekasih aku kasi) haha..4lens..ok laa biru putih..warna fav aku..aku start snap2 pic..tapi nak cari fil 36mm sumpah payah.cari kat sungai wang x jumpe!! huuu.. aku berniat nak beli fisheye selepas ni..then blackbird plak..huhuu..papepun, secare jujurnye, dslr pun xmampu menandingi lomo.. even kos lomo lagi mahal dari dslr..
